Feb 17, 2009
~Yang terakhir~
Biarlah kita menjadi cinta terakhir kepada seseorang kerana mungkin kita sudah terlambat untuk menjadi cinta pertamanya tetapi kita tidak akan pernah terlambat untuk menjadi cinta terakhirnya. CINTA adalah ibarat air. Kita sangat memerlukannya di dalam hidupnamun jika ia ibarat air di lautan ia akan menjadi ombak yang akan mengumbang-ambingkan hidup kita, jika ia ibarat air di kutub utara-selatanmaka ia akan menjadi ketulan ais yang membekukan kita, jika ia ibaratair sungai yang mengalir tenang maka ia akan berterusan menghanyutkan kita ke muara,jika ia ibarat air terjun maka akan terhempaslah kita berulang-ulang ke bawah, jika ia ibarat air tasik yang tenang membiru maka kita dalam diam akan menyimpan berjuta keladak di dasarnya. Maka jenis air manakah yang kita inginkan… Carilah mata air yang suci lagi murni…walaupun keluar sedikit demi sedikit tetapi akan melimpahi perigi dan menghilangkan kehausan kita dengan sekali teguk sahaja. Bibir manusia terlalu mudah melafazkan cinta tapi dapatkah hatinya setia pada kita?… Manusia tidak dapat lari dari bercintakerana kehadiran cinta itu lazimnya tanpa diundang dan tanpa diharap.Hanya insan itu sahajalah yang dapat menilaikan adakah dirinya sudah bersedia menerima cinta itu atau tidak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
uik dah tu xpayah bermadh bynk sgt hehehe..
ReplyDeletetgok blog aku yg terbaru pas tu bg komen okay